Monday, May 26, 2014

Excel Note 10 : Menambah/ Mengedit Data

Sekiranya anda hendak meminda maklumat kepada data yang telah ditaip.
  1. Pilih data di Cell yang hendak dipinda.
  2. Tekan kekunci F2 (Function Key) .
  3. Edit data yang hendak dibuat perubahan.
  4. Tekan kekunci Enter .
atau

  1. Klik 2X pada Cell yang hendak dipinda.
  2. Klik pada maklumat yang perlu dipinda dalam Cell berkenaan.
  3. Edit data yang hendak dipinda.
  4. Tekan kekunci Enter .
atau

  1. Klik pada Cell yang hendak dipinda.
  2. Klik di Formula Bar.
  3. Taipkan maklumat yang hendak dipinda.
  4. Tekan kekunci Enter .
*Kekunci Arrow/ Backspace/ Space Bar/ Delete boleh digunakan bagi meminda data.

Excel Note 9 : Memilih Satu Ruang Data

  1. Klik pada permulaan Cell yang dipilih.
  2. Klik dan seret tetikus sehingga ke ruang Cell yang dikehendaki.
atau

  1. Klik pada permulaan Cell yang dipilih.
  2. Tekan kekunci Shift dan klik pada ruang Cell yang dikehendaki. (Shift-Clicking)
atau

  1. Gunakan kekunci Arrow untuk memilih permulaan Cell.
  2. Tekan kekunci Shift dan tekan kekunci Arrow ke bawah, ke atas, ke kanan atau ke kiri untuk memilih ruang yang dikehendaki.

Nota 8 : Memilih Satu Ruang Data Makmal Komputer

Excel Note 8 : Memilih Satu Cell

Memahami dan mengetahui cara cara untuk memilih data dalam Cell adalah penting kerana kebanyakkan daripada operasi yang hendak dijalankan adalah berdasarkan kepada Cell yang dipilih. Anda boleh memilih lebih dari satu Cell dalam satu masa. Ini membenarkan anda untuk membuat perubahan ke atas satu kumpulan Cell, termasuk menukar Fonts, Formatting atau pindaan dan sebagainya. Setiap Cell boleh mengandungi nombor, label atau formula.

Sebagai contoh;
Gambarajah di bawah menunjukkan Cell yang aktif adalah satu iaitu B4.

Nota 7 : Memilih Satu Cell Makmal Komputer

Excel Note 7: Memasukkan Data

  1. Pilih satu Cell yang hendak dimasukkan data.
  2. Taipkan data yang hendak dimasukkan.
  3. Tekan kekunci ENTER.

Memasukkan data ke dalam satu ruang tertentu.

  1. Pilih satu ruangan Cell yang hendak dimasukkan data.
  2. Taipkan data yang hendak dimasukkan.
  3. Tekan kekunci Tab untuk memasukkan data yang seterusnya.

*Bagi menghapuskan keseluruhan data pada Cell, anda boleh menggunakan kekunci Backspace.

*Bagi mengedit data pada Cell, klik 2X pada Cell yang diinginkan.
*Selain itu, anda boleh menggunakan kekunci F2... bagi mengedit data pada Cell.

Excel Note 6 : Pergerakkan Kekunci Anak Panah Dalam Ms-Excel

Pergerakkan Cell menggunakan Keyboard.

 Sumber : one-stop-solution.com

Excel Note 5 : Simbol Tetikus Dalam Ms-Excel

Mouse pointer akan berubah bentuk apabila melalui beberapa bahagian di dalam Ms-Excel.
Nota 4 : Simbol Tetikus Dalam Ms-Excel Makmal Komputer Sk Petaling 1
Nota 4 : Simbol Tetikus Dalam Ms-Excel Makmal Komputer Sk Petaling 1

Excel Note 4 : Pengenalan Worksheets

Setiap Workbook mengandungi 3 Worksheets secara preset (Default) iaitu dari Sheet 1 hingga Sheet 3.

Nota 3 : Pengenalan Worksheets Makmal Komputer SK Petaling 1
Worksheets boleh ditambah sehingga ke 255 sheet dalam satu fail Ms-Excel yang sama.

Nota 3 : Pengenalan Worksheets Makmal Komputer SK Petaling 1

Sumber :one-stop-solution.com

Excel Note 3 : Mengenalpasti Cell Aktif

Rajah dibawah menunjukkan Cell aktif adalah B2.
B2 adalah dibentuk oleh Column B dan Row 2.
Bahagian yang memaparkan Cell aktif dipanggil Name Box.

Nota 2 : Mengenalpasti Cell Aktif Sk Petaling 1

Sumber : one-stop-solution.com

Excel Note 2 : Mencipta Satu Workbook

Untuk mencipta satu Workbook baru;
  1. Klik pada tab File (1)
  2. Klik pada menu New (2).
  3. Bagi mencipta Workbook baru; 
    • Klik 2 kali pada ikon Blank Workbook (3) atau
    • Klik pada ikon Blank Workbook, kemudian klik pada ikon Create (4) atau 
    • Anda boleh pilih pada Office.com Templates (5).

Nota 1 : Mencipta Satu Workbook















Sumber :one-stop-solution.com

Excel note 1 :Pengenalan Ms-Excel 2010


  1. Ms-Excel merupakan aplikasi Windows untuk melaksanakan pengiraan.
  2. Ms-Excel merangkumi baris (Rows) dan jalur (Columns) yang dikenali sebagai Spreadsheets atau Worksheets.
  3. Ms-Excel sangat berguna dalam kerja-kerja pengurusan, seperti pengurusan pejabat yang melibatkan penyimpanan maklumat yang berkaitan dengan angka.
  4. Bukukerja (Workbook) Excel adalah dibentuk oleh Cell.
  5. Setiap Cell mempunyai satu alamatnya tersendiri yang mana ditentukan oleh kedudukan Column dan Row.
  6. Column diwakili oleh abjad yang bermula dari A hingga XFD yang terdapat di bahagian atas setiap Worksheets.
  7. Row diwakili oleh nombor yang bermula dari 1 hingga 1048567 yang berada di bahagian kiri setiap Worksheets.
Menu Asas MS-Excel 2010

Nota Asas Pengenalan Ms-Excel 2010


Sumber : one-stop-solution.com

Blogger Tips 3 :Cara Letak gambar Dalam Entry Blog

Meletakkan gambar dalam sesebuah entri dalam sesebuah blog dapat 'merancakkan' lagi kandungan sesebuah entri.

Kebiasaannya gambar yang diletakkan adalah berkaitan dengan entri yang ditaip.
dan adalah biasa pengunjung sesebuah blog suka membaca entri sesebuah blog yang juga mempunyai gambar walaupun sekeping.:)

langkah-langkahnya :

1.Login seperti biasa, klik pada 'new post'
 2.Pada paparan, klik pada icon upload picture seperti yang ditunjukkan dibawah.
-Kedudukan berbeza bagi keadaan 'html' dan juga 'compose' tetapi simbolnya tetap sama.



 3. klik pada choose File
 4 pilih gambar yang anda ingin masukkan
 1, 2 dan 3 adalah tempat dimana gambar biasa disimpan 

5. Select gambar yang telah di upload



6.Gambar anda telah sedia diupload ke dalam entry anda :

Blogger Tips 2 : Post Entry Pertama Anda

Catatan@Menaip@Post Entry adalah pekara yang paling asas didalam memulakan dunia blogger anda.

Dalam entri anda akan menaip apa yang anda mahu sampaikan samada luahan rasa, perkongsian, info dan apa-apa sahaja yang anda mahu.

Langkah memulakan  :

1. Buka link www.blogger.com (link ini diperlukan setiap kali anda hendak login kepada akaun blogger). Masukkan email dan password anda.

 2. Pada paparan muka depan, klik pada nama blog anda atau terus 'click new post'


3. Masukkan tajuk untuk entri anda dan juga isi kandungan entri anda.(biasa bab ini mengambil masa untuk menaip entri).

Kemudian apabila sudah siap, klik pada button 'publish'


 4. Apabila sudah tekan button publish, siap untuk sebuah entri dalam blog anda.:)


  • jika anda hendak melihat 'rupa' entri anda itu, klik pada 'view post'
  • jika anda rasa masih ada kekurangan dan hendak edit, klik pada 'edit post'
  • jika anda hendak menaip entri baru, klik pada 'create a new post' (anda juga boleh mulakan dari awal dengan klik pada 'dashboard' pada bahagian atas-kiri)

Blogger Tips 1: Buat Akaun Blogspot

Sebelum bermula, Anda haruslah mempunyai Akaun google atau lebih senang dikenali Email Anda Sendiri. Platfrom mana-mana pun boleh digunakan seperti yahoo dan lain-lain. Tetapi seelok eloknya ada akaun google adalah lebih baik memandangkan blogger.com adalah produk dari google. Akaun google adalah berplatformkan gmail.com.

Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'Daftarkan Diri' untuk membuka akaun gmail.
 Jika ada email sendiri anda hanya perlu masukkan email dan kata laluan dikotak yang disediakan.


  
3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue to blogger'.



4. Kemudian klik New Blog

5. Paparan dibawah akan muncul dan isi semua yang berkotak


1. Title : adalah tajuk blog yang anda ingin pilih

2. Adress : Merupakan alamta url anda seperti makmalkomputerskp1.blogspot.com

3. Template : latar belakang atau background blog anda (pilih mana yang anda suka)

kemudian tekan 'Create Blog'

6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda  

Jenis - Jenis Virus

Virus komputer adalah sebuah istilah umum untuk menggambarkan segala jenis serangan terhadap komputer. Dikategorikan dari cara kerjanya, virus komputer dapat dikelompokkan ke dalam kategori sebagai berikut:
  1. Worm adalah lubang keamanan atau celah kelemahan pada komputer kita yang memungkinkan komputer kita terinfeksi virus tanpa harus eksekusi suatu file yang umumnya terjadi pada jaringan. cara virus jenis ini menyerang yaitu dengan menduplikatkan dirinya sendiri pada harddisk. Ini membuat sumber daya komputer (Harddisk) menjadi penuh akan worm itu.
  2. Trojan adalah sebuah program yang memungkinkan komputer kita dikontrol orang lain melalui jaringan atau internet. cara kejanya yaitu mengambil data pada komputer yang telah terinfeksi dan mengirimkannya pada pembuat trojan itu sendiri.
  3. Backdoor - Hampir sama dengan trojan. Namun, Backdoor bisanya menyerupai file yang baik-baik saja. Misalnya game.
  4. Spyware adalah aplikasi yang membocorkan data informasi kebiasaan atau perilaku pengguna dalam menggunakan komputer ke pihak luar tanpa kita sadari. Biasanya digunakan oleh pihak pemasang iklan. Virus ini akan memantau komputer yang terinfeksi.
  5. Rogue merupakan program yang meniru program antivirus dan menampilkan aktivitas layaknya antivirus normal, dan memberikan peringatan-peringatan palsu tentang adanya virus. Tujuannya adalah agar pengguna membeli dan mengaktivasi program antivirus palsu itu dan mendatangkan uang bagi pembuat virus rogue tersebut. Juga rogue dapat membuka celah keamanan dalam komputer guna mendatangkan virus lain.
  6. Rootkit - Virus yang bekerja menyerupai kerja sistem komputer yang biasa saja.
  7. Polymorphic virus - Virus yang gemar beubah-ubah agar tidak dapat terdeteksi.
  8. Metamorphic virus - Virus yang mengubah pengkodeannya sendiri agar lebih sulit dideteksi.
  9. Virus ponsel - Virus yang berjalan di telepon bimbit, dan dapat menimbulkan berbagai macam kesan, mulai dari merosakkan telefon@gajet, mencuri data-data di dalam telefon@gajet, sampai membuat panggilan secara senyap .

Tanda-Tanda/Ciri-Ciri Komputer Kita Terkena Virus Komputer :
Komputer berjalan lambat dari normal.
  1. Sering keluar pesan eror atau yang pelik-pelik
  2. Perubahan pada paparan pada komputer
  3. Media penyimpanan seperti disket, flashdisk, dan sebagainya langsung mengkopi file aneh tanpa kita kopi ketika kita hubungkan ke komputer.
  4. Komputer suka restart sendiri atau crash ketika sedang berjalan.
  5. Suka muncul pesan atau tulisan aneh
  6. Komputer hang atau berhenti merespon kita.
  7. Harddisk tidak bisa diakses
  8. Printer dan perangkat lain tidak dapat dipakai walaupun tidak ada masalah hardware dan software driver.
  9. Sering ada menu atau kotak dialog yang error atau rusak.
  10. Hilangnya beberapa fungsi dasar komputer.
  11. Komputer berusaha menghubungkan diri dengan internet atau jaringan tanpa kita suruh.
  12. File yang kita simpan di komputer atau media penyimpanan hilang begitu saja atau disembunyikan virus. dan lain-lain

Apakah Itu Virus Komputer

virus komputer, tips jagaan komputer, asas komputer, apakah virus, jenis-jenis virus komputerVirus komputer secara amnya adalah satu aplikasi perisian yang merebak dari satu komputer ke komputer yang lain dan menyebabkan gangguan sistem operasi yang tidak diingini. Ia boleh merosakkan dan memusnahkan data pada pemacu keras anda, merebak ke komputer lain melalui e-mel dan juga membuang semua data pada cakera keras anda yang akan mengakibatkan kegagalan keseluruhan sistem. Ia adalah satu kenyataan bahawa kebanyakan virus komputer yang disebarkan melalui e-mel dan juga boleh menjangkiti pc anda apabila anda terlibat dalam perbualan mesej segera. Oleh yang demikian adalah amat penting bahawa anda hanya membuka e-mel yang anda sudah kenali dan mengelakkan dari membuka apa-apa e-mail yg mencurigakan dan mengandungi lampiran. Sama ada ia tidak berbahaya dan mengandungi kad ucapan, gambar atau fail bunyi yang anda perlu berhati-hati. Setiap kali anda memuat turun perisian aplikasi dari internet, anda juga perlu mengambil sikap berhati-hati kerana kebanyakan program-program percuma ini banyak dengan spyware, adware atau virus perisian berkaitan yang segera boleh menjangkiti pc anda apabila installation dijalankan. Satu-satunya cara yang selamat untuk membuang jangkitan seperti ini adalah dengan menggunakan virus remover tools percuma bagi memastikan bahawa apa-apa jangkitan selamat dipindahkan tanpa kerosakan yang lebih teruk. Ini adalah penting sebagai cara tambahan untuk menghapuskan perisian virus trojan dari sistem operasi anda kepada kandungan berbahaya yang lain. 

Bagaimana Virus Ini Berjangkit?: 

1. Melalui E-mel - Seperti yg kita semua maklum bahawa emel akan mengandungi lampiran yang akan mencetuskan pemasangan yg berniat jahat untuk mengambil tempat dan menyorok di dalam komputer sebaik sahaja anda telah membuka atau memuat turun lampiran tersebut. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita hanya membuka email yg dikenali sahaja
 
2. Program Percuma/Bundle - Apa yang kebanyakan orang tidak sedar bahawa majoriti program-program percuma yang anda muat turun dari internet banyak dengan spyware, adware dan virus yang akan menjangkiti fail sistem anda apabila permohonan itu dipasang. 

Antara Gejala Komputer Anda Dijangkiti Virus: 
 
1. Komputer anda mula beroperasi pada kelajuan yang lebih perlahan daripada biasa 
 
2. Pc anda menjadi 'hang' dan rosak yang kerap 
 
3. Komputer anda reboots dengan sendiri secara berterusan selepas beberapa minit beroperasi 
 
4. Kebanyakan program-program dan aplikasi tidak akan berfungsi dengan betul. 
 
5. Kemerosotan teruk dalam fungsi desktop keseluruhan disebabkan oleh jangkitan virus menggunakan jumlah memori yang besar 
 
6. Sesetengah pemacu cakera (hard disk) tidak boleh diakses 
 
7. Pc anda memaparkan mesej ralat yang tidak diketahui secara kerap 
 
8. Desktop menu dan kotak dialog pelbagai boleh berubah-ubah 
 
9. Pembuangan 'shortcut icon' program anti virus serta program-program di desktop pc anda 
 
10. Ikon baru yang tidak diketahui muncul pada desktop yang biasanya berkaitan dengan pornografi atau judi 
 
11. Task Manager tidak dapat berfungsi dengan baik 
 
Bagaimana Untuk Melindungi PC Anda Daripada Ancaman Virus: 
 
1. Hidupkan firewall anda pada pc anda 
 
2. Gunakan alat penyingkiran virus percuma 
 
3. Sentiasa pastikan bahawa tetapan keselamatan anda di Internet Explorer adalah betul 
 
4. Sentiasa pastikan bahawa anda kerap mengemas kini perisian program virus anti dengan maklumat terkini 
 
5. Elakkan memuat turun fail yang mencurigakan dari internet 
 
6. Jangan melayari laman web yang tidak diketahui kerana ia boleh mencetuskan pemasangan berjangkit tanpa pengetahuan anda 
 
Kebanyakan program virus boleh meniru sendiri dan menjangkiti komputer tanpa disedari secara langsung oleh pengguna sendiri. Kebanyakan daripada program-program perisian yang berniat jahat ini diprogramkan semata-mata untuk memotong fail sistem, merosakkan program-program serta
makmal komputer
memformat cakera keras anda. Gejala yang paling biasa yang dikaitkan dengan virus komputer adalah menyebabkan kelajuan sistem operasi komputer anda menjadi perlahan sebagai hasil daripada hakikat bahawa program-program ini menggunakan jumlah besar memori sistem. Melalui task manager anda akan dapat lihat penggunaan memori pelbagai program yang sedang berjalan dalam komputer anda. Ianya juga dapat membenarkan anda untuk 'disable' sebarang program yang memakan jumlah memori yang tinggi. Peralatan yang paling moden direka bentuk untuk mengimbas pelbagai program pada komputer anda dengan harapan mengenal pasti pattern dan signature virus yg terbaru. Signature adalah bye pattern yang menunjukkan bahagian daripada keluarga virus tertentu, jadi jika sesuatu antivirus mahupun virus remover tools itu mengesan signatures atau pattern dalam sesuatu fail yg dijangkiti ianya serta-merta akan memberitahu pengguna bahawa fail sama ada perlu dipadam atau dikuarantin.Kadang-kadang ia boleh menjadi amat sukar untuk mengesan signature jangkitan virus yg berniat jahat seperti ini kerana ianya sering dapat mengubah kod mereka pada jangkitan yang berbeza. 

Sumber : wanaberulez

21 Cara Menjaga Komputer Yang Mudah

Apakah caranya supaya anda bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan di samping memiliki desktop PC yang berkuasa tepat dengan selera anda?
1.       Kesesuaian Random Access Memory (RAM)
Pengguna sedia maklum kapasiti RAM menentukan kelancaran desktop anda. Tugasnya yang menjadi perumah penyimpanan sementara apabila desktop berfungsi dan bekerja. Oleh itu, sesuaikan dengan keadaan. Jika anda ingin prestasi lancar untuk ‘kerja berat”, tambah RAM ke slot desktop anda. 2GB mungkin mencukupi untuk kerja-kerja biasa tetapi kini jika dengan 8GB RAM adalah cukup baik dan sesuai untuk prestasi unggul.
2.       Hapuskan spyware
Asasnya, Spyware akan mengumpul maklumat peribadi anda tanpa kebenaran. Serangan ini berisiko tinggi mendedahkan anda kepada kebocoran maklumat. Selain daripada kebimbangan privasi, spyware turut boleh menjejaskan prestasi komputer anda. Untuk memerangi spyware, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menggunakan imbasan keselamatan PC dari Windows Live OneCare. Imbasan ini adalah perkhidmatan percuma yang membantu menyemak dan membuang virus.
3.       Fail DLL berlebihan
Selepas anda menghapuskan perisian yang pernah dipasang, beberapa jenis fail DLL perlu dihapuskan daripada sistem pemacu. Ia sudah tidak perlu digunakan oleh Windows lagi. Anda perlu ‘membersihkan’ daripada sistem sebelum ia mengambil alih ruangan kosong dan mengisi tempat kosong di RAM anda. Apabila bertambah serius, respons desktop akan perlahan kerana kekurangan RAM.
4.       Laraskan kesan visual
Fungsinya boleh dilumpuhkan jika anda ingin desktop kembali pada skala asal. Anda boleh mengoptimumkan prestasi dengan menukar cara menu dan windows muncul. Selain itu, anda juga boleh membuat pilihan untuk memilih mana yang tidak perlu satu persatu atau pun membiarkan Windows desktop anda melakukannya secara automatik.
5.       Bebaskan ruang pemacu
Aplikasi Disk Cleanup membantu anda untuk membebaskan ruang pada pemacu keras anda untuk meningkatkan prestasi desktop. Ia akan mengenal pasti fail yang anda boleh padam dengan selamat serta kemudiannya turut membolehkan anda untuk memilih sama ada untuk memadam sebahagian atau kesemua fail yang dikenal pasti.
6.       Kad grafik
Mempunyai kad grafik yang baik adalah syarat penting bagi yang gila ‘games’. Perincian yang ditawarkan memberikan pengalaman kelancaran serta benar-benar membantu. Apabila grafik anda tidak bersesuaian, itulah yang menyebabkan visual tersekat-sekat serta desktop ‘hang’. Anda perlu memeriksa keperluan sistem permainan dan mencari kad grafik yang bersesuaian serta memenuhi keperluan sistem.
7.       Laraskan tetapan kuasa
Menukar tetapan yang berkaitan dengan kuasa supaya komputer anda bermula dari tetapan menjimatkan tenaga dengan lebih cekap. Selain itu, sesuaikan penggunaan bateri untuk komputer mudah alih.
8.       Optimumkan Registry
Biasanya apabila desktop anda mengalami beberapa kesilapan atau pun mula tidak lancar, anda perlu optimumkan Registry anda terlebih dahulu. Registry tanpa sedar ditakrifkan memberi impak yang besar kerana mengandungi data yang tidak boleh diabaikan serta parameter pemacu peranti, program perisian dan sistem anda. Selain itu, ia juga mengoperasi sistem boots dan perintah lain.
9.       Melumpuhkan Wireless Internet dan Bluetooth
Jika anda tidak menggunakan internet atau Bluetooth, mempertimbangkan untuk melumpuhkan perkakasan tersebut untuk menjimatkan sumber.
10.   Mengurus program mula (startup)
Beberapa program akan bermula secara automatik apabila anda membuka Windows. Informasi, apabila terlalu banyak program yang dibuka pada masa yang sama ia akan menyebabkan desktop anda bekerja dengan perlahan.  Untuk melumpuhkan program ini daripada permulaan dan meningkatkan prestasi, gunakan Windows Defender.
11.   Bersihkan paparan desktop
Kadang kala sikap terburu-buru membawa padah. Tidak perlu memenuhkan paparan desktop anda dengan ikon pintasan, fail atau dokumen yang dirasakan akan menjimatkan masa. Lupakan sahaja kerana ia menyebabkan desktop anda menggunakan lebih banyak memori dan akhirnya menjadi beban. Memanfaatkan folder ‘My Documents’ dan bersihkan paparan desktop. Anda akan melihat peningkatan dalam prestasi.
12.   Laraskan pilihan pengindeksan
Pilihan pengindeksan boleh membantu anda mencari apa yang anda mahu dengan cepat dan mudah pada desktop anda. Anda boleh mencari dengan lebih efisien apabila memfokuskan carian anda dengan tumpuan kepada fail-fail dan folder yang anda biasa gunakan.
13.   Mengesan dan membaiki ralat cakera
Di samping bertindak dengan melakukan Disk Cleanup dan Disk Defragmenter untuk mengoptimumkan prestasi komputer anda, ada alternatif lain yang turut berkesan menambahkan prestasi dengan boleh menyemak integriti fail yang disimpan pada pemacu keras anda dengan menjalankan utiliti Error Checking. Utiliti Error Checking mengimbas pemacu keras untuk sektor lama dan mengimbas kesilapan sistem fail untuk melihat sama ada fail atau folder tertentu yang tidak kena pada tempatnya.
14.   Kosongkan Recyle Bin
Apabila anda memadamkan sesuatu, ia secara automatik akan terus dibuang ke Recyle Bin. Ada sesetengah pengguna yang terlepas pandang sehingga beribu-ribu fail, folder, imej, video tersimpan di dalamnya. Mungkin di luar jangkaan tapi kapasiti storan turut terjejas. Ambil langkah berjaga-jaga untuk hapuskan langsung fail lapuk yang sudah pasti tidak bermanfaat lagi.
15.   Belajar tentang ReadyBoost
Jika anda menggunakan Windows 7 atau Windows Vista, anda boleh menggunakan ReadyBoost untuk mempercepatkan sistem anda. Satu konsep baru dalam menambah ingatan kepada satu sistem, ia membolehkan anda menggunakan pemacu flash USB atau memori kad untuk meningkatkan prestasi tanpa menambah memori tambahan.
16.   Buang bunyi kejadian
Jika anda melumpuhkan untuk terus menggunakan bunyi ‘kejadian’, operasi desktop anda sekurang-kuranya akan lebih stabil dengan prestasi sedikit lancar dengan kebarangkalian untuk desktop anda ‘hang’ kurang.
17.   Matikan Indeks Perkhidmatan Carian
Aplikasi ringkas perkhidmatan pengindeksan membantu mengelaskan dan mengemas kini senarai semua fail pada komputer. Ia membantu anda untuk melakukan carian untuk sesuatu yang lebih cepat kerana ia mengimbas senarai indeks. Tetapi jika anda tahu di mana fail anda, anda boleh melumpuhkan sistem perkhidmatan ini. Ia tidak akan melakukan sebarang kemudaratan kepada anda sebaliknya mengurangkan bebanan desktop.
18.   Defrag pemacu
Terbaik untuk strategi jangka panjang, Desktop anda akan bekerja pada prestasi puncak, Usah khuatir untuk menjadikan tabiat defrag windows pada pemacu keras anda. Ini akan membantu untuk mendapatkan fail anda yang dianjurkan pada pemacu keras sebenar yang pastinya memberikan kesan positif.
19.   Nyahpasang program tidak berguna
Apabila terlalu banyak program yang dipasang, anda mungkin tidak memerlukannya dalam kehidupan seharian sebenarnya. Jika anda pasti tidak menggunakan perisian dan tidak akan ada sebarang rancangan untuk menggunakannya pada masa hadapan, anda boleh nyahpasang untuk membebaskan ruang pemacu keras dan sumber.
20.   Kosongkan Prefetch cache
Untuk memperbaiki masa yang diperlukan ketika muat turun program, Windows meneka fail yang mungkin diperlukan bersebelahan dan memuatkannya ke dalam kolam atau 'cache'. Padam mana yang tidak perlu. Cache akan cepat diisi semula dengan pautan dan fail Windows yang benar-benar perlu. Hasilnya, sistem anda akan berasa lebih responsif dan mendapat manfaat daripada peningkatan prestasi PC.
21.   Resolusi skrin
Perlu tetapkan resolusi skrin pada tahap 15 bit atau 16 bit untuk kedua-dua kelajuan dan memori penjimatan. Apabila berkeinginan untuk bermain ‘games’ dan lain-lain tugasan khas yang memberikan resolusi yang lebih baik, tetapkan tahap yang lebih tinggi.  
Sumber : Majalah PC